Resipi tahu berlauk ialah sajian yang mudah, cepat disediakan, dan sesuai untuk pelbagai situasi – sama ada sebagai hidangan sampingan, kudapan petang, mahupun bekalan ke sekolah atau tempat kerja.
Dengan rasa rangup di luar dan penuh inti di dalam, tahu berlauk menjadi kegemaran ramai kerana fleksibel dari segi bahan dan boleh diubah suai mengikut kesukaan.
Bagi sesiapa yang baru ingin mencuba, resipi ini tidak memerlukan kemahiran tinggi, hanya perlu sedikit kesabaran dan bahan yang mudah didapati.
Bahan-Bahan Utama Resipi Tahu Berlauk

Untuk menghasilkan tahu berlauk yang enak, berikut ialah senarai bahan yang anda perlukan:
- 6 ketul tahu putih – dibelah dua secara menyerong
- 200 gram isi ayam – cincang halus
- 1 batang lobak merah kecil – diparut halus atau dihiris nipis
- 1 pokok daun bawang – dihiris halus
- 1 biji bawang besar – dicincang
- 2 ulas bawang putih – dicincang halus
- 2 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
- Garam dan serbuk perasa – secukupnya
- Minyak masak – secukupnya untuk menggoreng
Bahan Tambahan (Pilihan – Untuk Lebih Rasa)
Jika anda inginkan rasa yang lebih wangi dan berempah, boleh kisar bahan berikut dan campurkan dalam inti:
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- Sedikit halia
Resipi Tahu Berlauk: Langkah-Langkah Penyediaan

Tahu berlauk ialah antara hidangan ringkas yang sentiasa digemari ramai. Gabungan tahu yang lembut dengan inti berperisa menjadikannya bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan.
Ia sesuai dijadikan lauk sampingan, kudapan petang, atau pun bekal ke tempat kerja dan sekolah.
Dengan bahan-bahan yang mudah diperoleh serta cara penyediaan yang tidak rumit, tahu berlauk sangat sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak atau ingin menyediakan hidangan cepat untuk keluarga.
Jom, Mommy lihat langkah-langkah penyediaan tahu berlauk yang boleh dicuba sendiri di rumah.
1. Menyediakan Tahu
Belah tahu secara menyerong supaya bentuknya lebih menarik. Gunakan sudu kecil untuk keluarkan isi tahu di bahagian tengah.
Lakukan dengan perlahan agar kulit tahu tidak rosak atau koyak. Simpan isi tahu kerana ia akan digunakan dalam campuran inti.
2. Membuat Inti
Satukan isi tahu yang dikorek tadi dengan ayam cincang, lobak merah, daun bawang, bawang besar dan bawang putih.
Masukkan juga dua biji telur, tepung jagung, garam, serta perasa mengikut cita rasa. Kalau ada bahan kisar tambahan, masukkan juga
3. Menyumbat Inti ke Dalam Tahu
Ambil satu sudu kecil inti dan sumbat ke dalam ruang kosong tahu tadi. Padatkan dengan jari atau sudu supaya inti melekat dan tidak tertanggal ketika digoreng.
Lakukan sehingga semua tahu diisi sepenuhnya.
4. Menggoreng Tahu
Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana. Masukkan tahu yang telah disumbat ke dalam minyak panas dan goreng sehingga permukaannya menjadi perang keemasan dan rangup.
5. Sedia untuk Dihidangkan
Tahu berlauk boleh terus dimakan ketika panas-panas, lebih sedap jika dimakan bersama sos cili, sambal kicap, atau kuah pencicah lain yang anda suka. Ia juga boleh menjadi pelengkap hidangan nasi atau juadah berbuka puasa.
Jom, Baca!
Resipi Sup Daging Thai: Pedas, Masam dan Aroma Segar
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Tahu Berlauk

1. Boleh ke tukar ayam dengan bahan lain?
Boleh sangat! Untuk versi tanpa haiwan (vegetarian), boleh guna sayur-sayuran seperti cendawan, taugeh, kobis, dan lobak merah sebagai inti utama.
2. Bagaimana cara elak tahu daripada pecah semasa digoreng?
Kunci utama ialah berhati-hati semasa mengorek tahuSelain itu, pastikan campuran inti tidak terlalu cair. Jika terlalu lembik, boleh tambahkan sedikit tepung jagung atau roti kisar untuk menjadikannya lebih pekat dan padat.
3. Berapa lama tahu berlauk boleh tahan?
Jika belum digoreng, tahu berlauk boleh disimpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 hari. Pastikan ia disimpan dalam bekas bertutup rapat. Untuk jangka masa lebih panjang, tahu berlauk boleh dibekukan. Bila hendak makan, hanya perlu goreng atau panaskan semula. Jika sudah digoreng, elok dimakan dalam tempoh 24 jam agar masih rangup dan segar.
4. Adakah tahu berlauk boleh dimasak dengan air fryer?
Ya, tentu boleh! Sapu sedikit minyak di atas tahu, susun dalam air fryer, dan masak pada suhu 180°C selama lebih kurang 12 hingga 15 minit. Ia akan menjadi garing tanpa perlu menggunakan banyak minyak. Kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang nak makan lebih sihat.
5. Sesuai ke tahu berlauk dijadikan bekal atau juadah berbuka?
Memang sangat sesuai! Tahu berlauk bukan sahaja lazat dan mengenyangkan, ia juga tahan lama dan senang dibawa ke mana-mana. Anak-anak pasti suka bila dijadikan bekal sekolah, dan orang dewasa pun boleh nikmatinya semasa berbuka puasa. Hanya perlu dipanaskan sedikit sebelum makan dan boleh dinikmati semula seperti baru dimasak.
Leave a Comment