Dunia kecantikan sentiasa berkembang dengan pelbagai trend solekan yang muncul dari masa ke masa.

Antara trend yang semakin popular ialah Latina makeup, iaitu gaya solekan yang diinspirasikan daripada wanita Amerika Latin. Seperti namanya, gaya ini menampilkan solekan yang berani, tajam dan menyerlahkan ciri-ciri wajah dengan ketara.

Walaupun tampak lebih berat berbanding solekan Asia yang biasanya ringan dan lembut, Latina makeup tetap kelihatan menawan dan glamor, terutamanya apabila digunakan untuk acara malam atau bergambar.

Apa Itu Latina Makeup?

Latina makeup ialah gaya solekan yang diinspirasikan daripada wanita-wanita Amerika Latin. Ia terkenal dengan solekan yang tebal, jelas, dan dramatik – terutamanya pada bahagian mata, alis, dan bibir.

Gaya ini sering disamakan dengan penampilan bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez dan Sofia Vergara yang tampil elegan dengan rambut panjang, hitam berkilat, serta solekan yang sempurna dan bersinar.

Ciri-ciri utama Latina makeup termasuk:

  • Solekan matte yang flawless dan kemas
  • Bibir penuh dengan warna yang bold (berani)
  • Alis tebal dan melengkung
  • Riasan mata yang dramatik – eyeliner tebal dan bulu mata lentik

12 Tip Mendapatkan Latina Makeup Look

Untuk dapatkan hasil yang sempurna dan tahan lama, anda boleh ikuti 12 langkah penting berikut ini:

1. Lakukan Persediaan Kulit (Skin Prep) dengan Teliti

Langkah pertama dan paling penting adalah menyediakan kulit wajah agar solekan mudah melekat dan tidak mudah luntur.

Langkah skin prep:

  • Bersihkan muka dengan pencuci wajah (boleh guna kaedah double cleansing jika perlu)
  • Lakukan eksfoliasi ringan 2 kali seminggu
  • Gunakan toner untuk kembalikan pH kulit
  • Sapukan pelembap dan sunscreen
  • Tambahkan primer untuk hasil solekan yang lebih smooth (jika perlu)

Tanpa skin prep, walau serumahal mana pun foundation anda, hasilnya mungkin tidak memuaskan!

2. Pilih Foundation dan Concealer yang Tepat

Salah satu kunci Latina makeup adalah kulit wajah yang tampak rata, flawless dan tidak bercapuk. Jadi, pemilihan foundation dan concealer sangat penting.

  • Gunakan foundation yang sesuai dengan tona dan jenis kulit (matte untuk kulit berminyak, dewy untuk kulit kering)
  • Gunakan concealer untuk menutup lingkaran hitam bawah mata atau parut jerawat

Hasilnya harus licin, sekata dan matte, seolah-olah kulit anda tiada cela.

3. Alis Tebal dan Warna Gelap Menawan

Anda boleh menggunakan pensil alis atau eyebrow pomade.

  • Bentuk alis dengan cara mengikut bentuk asal, tapi lebih tegas
  • Pilih warna alis yang sama atau sedikit lebih gelap dari warna rambut
  • Isikan bahagian yang jarang dan sikat dengan spoolie supaya tampak natural

4. Definisikan Alis dengan Concealer

Setelah alis diisi, gunakan concealer di sekelilingnya untuk lebih menonjolkan bentuk alis anda.

  • Gariskan concealer pada bahagian bawah dan atas alis
  • Ratakan concealer menggunakan berus kecil
  • Kesan ini menjadikan alis tampak lebih bersih, tajam, dan rapi

Tip ini sering digunakan oleh jurusolek profesional kerana mampu menaikkan rupa wajah sekelip mata.

5. Gunakan Eyeshadow Tebal dalam Tona Hangat

Solekan mata adalah kunci utama dalam Latina makeup. Anda boleh menggunakan warna seperti coklat, gangsa, atau merah bata.

  • Gunakan berus blending supaya warna menyatu sempurna

Gabungan eyeshadow hangat memberikan kesan mata yang tajam tapi tetap tampak semula jadi dan menawan.

6. Lukis Eyeliner Gaya Winged

Selain eyeshadow, satu lagi elemen penting dalam solekan mata Latina ialah eyeliner yang tajam dan bergaya.

  • Bentuk winged eyeliner di hujung mata untuk memberikan efek mata yang besar dan tajam

Winged eyeliner akan buat mata anda kelihatan lebih panjang, galak dan menggoda – sangat sesuai dengan mood solekan Latina yang memikat!

7. Lentikkan Bulu Mata untuk Mata yang Menawan

Bulu mata yang panjang dan lentik akan melengkapkan riasan mata Latina. Kalau bulu mata anda semula jadi sudah panjang, cukup gunakan maskara.

  • Jepit bulu mata dengan keriting bulu mata (eyelash curler)
  • Sapukan beberapa lapisan maskara hitam untuk menambah volume dan ketebalan
  • Kalau bulu mata anda pendek atau lurus, boleh guna bulu mata palsu untuk kesan yang lebih dramatik

Bulu mata yang cantik akan buat solekan anda nampak lebih hidup dan ekspresif. Jangan abaikan langkah ini!

8. Lakukan Contouring Wajah untuk Bentuk Lebih Tajam

Salah satu rahsia kecantikan dalam gaya Latina ialah bentuk wajah yang nampak lebih terukir dan menonjol. Untuk itu, contouring sangat penting.

  • Blend dengan baik supaya kesan shading kelihatan natural
  • Fokuskan pada sculpted cheekbones dan hidung yang lebih tirus

9. Tambah Highlighter untuk Wajah yang Bersinar

Untuk menaikkan seri solekan dan beri efek glowing, jangan lupa sapukan highlighter di bahagian tertentu wajah.

  • Pilih warna highlighter yang sesuai dengan tona kulit – emas untuk kulit sawo matang, perak untuk kulit cerah
  • Elakkan penggunaan berlebihan supaya wajah tak nampak terlalu berminyak

Highlighter akan beri kesan segar dan bersinar pada wajah anda – sesuai untuk siang mahupun malam.

10. Bentuk Bibir Penuh yang Seksi

Dalam gaya solekan Latina, bibir mesti kelihatan penuh dan menggoda.

  • Isi bahagian dalam bibir dengan lipstik atau lip cream

Bibir yang tebal dan jelas menjadikan wajah lebih ekspresif dan sensual – salah satu ciri penting dalam solekan wanita Latin.

11. Tambah Blush On untuk Wajah yang Segar

Warna pipi yang sihat akan melengkapkan solekan anda. Latina makeup biasanya gunakan blush on warna coral, peach atau merah bata.

  • Blend hingga kelihatan semula jadi
  • Elakkan sapuan terlalu tebal supaya tak nampak ‘berat’

Blush yang betul akan buat wajah anda nampak lebih segar, sihat dan manis – sesuai dengan gaya Latin yang berani tapi tetap anggun.

12. Kunci Solekan dengan Setting Spray

Langkah terakhir dan paling penting supaya solekan tahan lama ialah menggunakan setting spray.

  • Semburkan secara menyeluruh ke wajah selepas siap bersolek
  • Boleh juga sembur sedikit pada span solekan sebelum blend foundation

Dengan setting spray, solekan anda akan kekal cantik walau berjam-jam. Tak perlu risau solekan cair atau comot!

Jom, Baca!

15+ Primer Makeup​ Terbaik di Malaysia yang Tahan Lama

Bagikan:

Tags:

Leave a Comment